
Tuesday, February 15, 2011
SITUASI 25 : KANAK-KANAK

Monday, February 14, 2011
SITUASI 24 : SISTEM PANGGILAN KELUARGA MELAYU
Setiap masyarakat pasti mempunyai cara memanggil dan menyapa untuk berinteraksi dengan individu lain. Cara tersebut dapat diklasifikasikan sebagai ‘sistem panggilan’ yang merujuk kepada penggunaan kata ganti nama seseorang. Sistem panggilan tersebut memiliki pola dan tatacara tersendiri. Fenomena yang berkaitan dengan kata panggilan dan kepentingan berbahasa bukan sahaja wujud dalam bahasa Melayu tetapi juga dalam kalangan semua bahasa di dunia. Pola ataupun tatacara panggilan tersebut boleh didapati dalam bentuk kompleks ataupun mudah dengan amalan dan tatacara yang tersendiri. Dalam konteks keluarga pula, bagi masyarakat Malaysia, khususnya Melayu, panggillan dalam keluarga telah wujud sekian lama. Panggilan tersebut dicipta oleh nenek moyang mereka dan diperturunkan generasi demi generasi. Walau bagaimanapun, perbezaan susun lapis sistem sosial masyarakat dan kepelbagaian negeri yang ada telah menyebabkan variasi dalam penggunaan kata panggilan.
- Ayah, abah, papa serta daddy.
- Ibu, emak serta mama
- Kakak
- Abang
- Adik
- Pak Long, Mak Long, Pak Ngah serta Pak Ngah
Umumnya, orang Melayu mempunyai cara tersendiri untuk memanggil ahli keluarga mereka semasa berkomunikasi. Kepelbagaian cara panggilan yang digunakan seperti kata panggilan umum, nama, urutan panggilan tradisi dan sebagainya merupakan antara cara yang digunakan untuk menyapa seseorang. Walau bagaimanapun tidak dinafikan telah wujud pertambahan kata panggilan keluarga berikutan pengaruh yang diterima daripada Barat dan Arab. Walaupun demikian setiap panggilan yang digunakan tersebut masih menonjolkan tujuan yang sama iaitu untuk menghormati orang yang disapa dari aspek kedudukan dan umurnya. Di samping itu, sistem panggilan tradisi yang diamalkan oleh orang Melayu sebenarnya cuba menyampaikan susr galur keluarga kepada generasi baru agar tidak dilupakan. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab setiap orang Melayu unutk terus mengekalkan panggilan tradisi tersebut bagi mengelakkannya pupus dan dilupakan.
Sunday, February 13, 2011
SITUASI 23 : POKOK RAMBUTAN
Teringat saya pada peristiwa hampir setahun yang lalu. Peristiwa ini berlaku semasa musim durian dan musim rambutan. Adik lelaki saya iiatu Aby telah memanjat pokok rambutan untuk mengambil buahnya. Dia begitu seronok dan teruja memetik buah rambutan sehingga tidak perasan akan ranting yang dipijaknya itu kecil dan tidak dapat menampung berat badannya. Akhirnya dia telah jatuh dari pokok rambutan yang tinggi itu. Saya dan mak serta pak cik saya bergegas membawanya ke hospital. Aby tidak dapat bangun dan tulang belakangnya berasa sangat sakit. Dia hanya terbaring di dalam kereta dan setibanya di hospital, pegawai hospital yang bertugas di bahagian kecemasan mengangkatnya dengan mengalas kain putih di bahagian belakang badan dan terus mengangkatnya ke katil dan terus di tolak ke bilik kecemasan. Doktor telah mengesahkan tulang belakangnya remuk dan tulang nombor 11 dan 12 hampir rapat dan melekat. Abay telah ditahan di hospital selama 2 minggu untuk memastikan tulang belakangnya kembali stabil.
Semasa emak saya menjadi Aby di hospital saya mendengar emak berbual dengannya. Ikuti dialognya di bawah :
Emak : Sakit lagi tak?
Aby : Sakit…
Emak : Tulah, panjat lagi tinggi-tinggi. Esok dah balik rumah boleh panjat lagi.


KOMEN CIKGU ENIE :
Penggunaan bahasa terbalik telah digunakan oleh emak saya. Emak ingin menasihati adik saya, tetapi emak telah meyindirnya telah menggunakan bahasa terbalik. Adik juga dapat memahami maksud yang ingin disampaikan oleh emak.
Saturday, February 12, 2011
SITUASI 22 : SIMBOLIK


Pernahkah anda menjumpai polis trafik yang berada di tengah-tengah jalan dan mengawal lalu lintas?
Jika jawapan anda ya, pasti anda dapat memahami apa yang ingin disampaikan oleh polis trafik itu walaupun tidak sebarang perbualan berlaku.
KOMEN CIKGU ENIE :
Melalui perbuatan tunjuk seperti pergerakan tangan ke kanan dan ke kiri telah menunjukkan simbol kepada pengguna lalu lintas. Mereka faham dengan maksud yang ingin disampaikan oleh anggota polis trafik yang bertugas itu. Ada juga anggota polis trafik yang menggunakan wisel untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna jalan raya. Perkara ini sudah menjadi simbolik dalam kehidupan kita kerana kita dapat memahami maksud yang ingin diberitahu oleh pihak polis trafik yang bertugas. Bahasa badan dan alatan seperti wisel dapat mengawal lalu lintas. Ajaib bukan? Itulah lumrah alam tentang berkuasanya sesuatu alatan untuk memberi arahan kepada orang lain.
Friday, February 11, 2011
SITUASI 21 : BAHASA KOMIK
Pada minggu lepas, saya dan rakan saya, Ida telah pergi ke rumah Ayu untuk menghadiri majlis potong jambul anak sedaranya. Ketika itu, saya ternampak banyak kek coklat di rumahnya untuk diberi kepada tetamu yang datang. Apabila saya makan, kek itu sangat sedap dan saya telah meminta resipi kek coklat itu daripada Ayu.
Di rumah, saya dan emak saya telah mencuba resipi itu. Sebelum itu, kami telah membeli dan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan. Kami pun mula membuat kek coklat itu. Sementara menunggu kek coklat siap dikukus, saya menghabiskan masa dengan membaca sebuah komik yang ada di dapur rumah saya. Saya juga sempat mengambil gambar untuk menunjukkan bahasa komik yang digunakan.

Sekadar gambar hiasan.
KOMEN CIKGU ENIE :
Hari ini, penggunaan bahasa di dalam komik telah berlaku penyingkatan perkataan. Terdapat juga unsur-unsur perkataan yang lucah dan kurang sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak. Penulis atau editor majalah seharusnya menekankan penggunaan bahasa yang betul dan sesuai.