Friday, January 21, 2011

SITUASI 5 : TAPAK JUALAN DI KOLEJ HARUN AMINURRASHID (KHAR)

Pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad yang lepas, saya telah menyewa tapak gerai bersama rakan saya untuk menjual selendang. Pelbagai gelagat pelanggan yang saya jumpa semasa saya menjaga gerai itu. Walaupun penat, saya telah memperoleh pengalaman baru dalam perniagaan secara kecil-kecilan. Saya bersungguh-sungguh melayan pelanggan dengan baik agar mereka membeli selendang yang dijual. Satu peristiwa yang saya sukar lupakan ialah mengenai seorang pelanggan yang berperangai tidak menghormati orang lain dan bersikap kurang ajar. Ikuti perbualannya di bawah :

Pelanggan : Kak, ni bape ringgit?

Penjual : 15 je. Tengok-tengoklah dulu.

Pelanggan : Mahalnya. Tak nak r.

Penjual : Kalau ambil dua, bolehlah kurang sikit.

Pelanggan : Owh. Macam tu. Takpelah. Tak berminat.(Terus beredar dengan memalingkan mukanya)

KOMEN CIKGU ENIE :

Sifat kesopanan dewasa ini sukar dicari, tidak tahu dimanakah silapnya. Mungkin didikan dan sifat seorang itu yang membuatkan sifat kesopanan dan tataterbit dalam perbualan semakin hilang dalam diri. Perhatikan sahaja dialog di atas. Dimanakah silapnya? Layanan yang elok diberikan kepada pelanggan, tetapi sikap pelanggan yang kurang sopan dengan mimik muka yang dilakukan akan menyakitkan hati orang lain. Pelanggan sepatutnya mengucapkan terima kasih bukan beredar begitu sahaja dengan mimik muka yang menyampah. Sikap ini perlu ditangkis dalam masyarakat agar kesopanan dan tatatertib dalam perbualan dapat berlaku dengan baik. Kesimpulan yang saya dapat buat di sini ialah semakin tinggi nilai kesopanan, semakin kurang rasa sakit hati. Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal!!!


SEKADAR GAMBAR HIASAN



Inilah gerai kami secara kecil-kecilan.

Pesanan : Sekiranya anda berminat untuk membeli segala jenis selendang, boleh hubungi saya. Sementara stok masih ada. Sekadar iklan. Terima kasih.

4 comments:

✿ Kritikan itu perlu ✿