Monday, January 17, 2011

SITUASI 1 : TAMAN UNIVERSITI

PENGGUNAAN EJAAN YANG SALAH DAN PERCAMPURAN ANTARA BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS.




KOMEN CIKGU ENIE:

Penggunaan kata dalam ayat “CUTI STADY WEEK & RAYA HAJI” seperti ada yang tidak kena. Percampuran antara penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di dalam ayat tidak seharusnya digunakan. Selain itu juga penggunaan ejaan “stady” yang salah digunakan dapat menunjukkan lagi kelemahan orang yang menulis iklan ini. Penggunaan bahasa Inggeris dalam ejaan “stady” seharusnya ialah “study”. Rujukan kamus perlulah dilakukan untuk memastikan ejaan yang digunakan betul dan tepat. Terdapat dua kesalahan yang terdapat di dalam iklan ini. Walaupun masyarakat sekeliling dapat memahami maksud yang ingin disampaikan oleh penulis, tetapi konteks penggunaan ejaan dan bahasa yang digunakan adalah tidak betul. Seharusnya, sebelum iklan itu ditampal, penulis perlu meminta pandangan orang lain mengenai penggunaan bahasa dan penggunaan ejaannya.

3 comments:

  1. masa ??? keadaan yang tidak memberi ruang walaupun sesaat membuatkan pekara2 seperti ini terjadi tanpa disedari..pernahkkan perkara sebelum ini terjadi..? belum kan..jd sesekali manusia ada melakukan kesilapan yang disedarinya namun direruskan jg demi mengejar masa walaupun sesaat itu.....

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Perkara sebegini selalunya terjadi, menggunakan bahasa campuran di dalam iklan. Sepatutnya seseorang itu perlu menyemak sebelum membuat sesuatu.

    ReplyDelete
  3. huhu...orang yg memberi komen n kritikan memang cepat n mudah berbanding orang yang melaksanakannya

    ReplyDelete

✿ Kritikan itu perlu ✿