Masalah dalam penggunaan papan tanda kebanyakkannya mendatangkan kesalahan dari sudut morfologi. Sebagai contoh penggunaan kata sendi “di” dan juga “ke” harus diberi perhatian. Kita selalunya keliru untuk menggunakannya sama ada kedudukan kata sendi dengan kata selepasnya rapat atau jarak. Semasa saya bersiar-siar, saya telah menjumpai beberapa kesalahan ini. Contohnya seperti gamabar di bawah ini.
Salah : Penggunaan “di” di dalam perkataan “di larang” dan “ disebelah” pada papan tanda ini adalah salah.
KOMEN CIKGU ENIE :
Di dalam perkataan “di larang” sebagaimana di dalam contoh di atas, seharusnya dieja bercantum “dilarang”. “Dilarang” ialah bentuk pasif daripada kata melarang dan bukannya menunjukkan tempat.
Di dalam frasa “disebelah” pula seharusnya dieja berpisah iaitu “di sebelah” bukan “disebelah”. Perkataan sebelah menunjukkan sesuatu tempat, justeru perkataan itu perlu dieja secara terpisah.
Kejadian-kejadian ini kebanyakkannya berlaku di persekitaran kita. Justeru, saya menyarankan diri saya sendiri dan juga anda yang lain untuk bersama-sama mengambil berat mengenai masalah yang berlaku ini.
No comments:
Post a Comment
✿ Kritikan itu perlu ✿