Kelmarin, saya dan kawan saya telah pergi ke sebuah kedai untuk menikmati makan malam. Perkara yang kami temui ketika ingin memesan makanan ialah menu minuman yang sangat menarik dan ingin saya kongsi bersama anda semua. Mungkin hal ini seperti perkara yang lucu, tetapi apabila difikirkan balik, perkara ini akan menjadi buruk sekiranya dibiarkan.
KOMEN CIKGU ENIE:
Menu di atas sekiranya anda teliti, anda akan terkejut dengan nama menu minuman itu. Menu minuman itu ialah :
- Milo Dinasaur
- Milo Godzilla
Penggunaan nama haiwan dimasukkan di dalam nama minuman adalah kurang sedap didengar. Walaupun nampak lucu, tetapi tidak elok sekiranyna penggunaan bahasa yang digunakan untuk minuman dicampur dengan nama haiwan. Maksud yang ingin disampaikan oleh pemilik kedai dapat disampaikan kepada pelanggan, mungkin nama haiwan itu dapat menunjukkan lagi bahawa milo itu bercawan besar. Analogi haiwan yang digunakan adalah untuk menggambarkan saiz cawan itu bersamaan saiz haiwan yang dimaksudkan. Seharusnya, pemilik kedai perlu berhati-hati dalam pemilihan bahasa untuk sesuatu nama yang melibatkan makanan mahu pun minuman.
No comments:
Post a Comment
✿ Kritikan itu perlu ✿