Thursday, January 20, 2011

SITUASI 4 : DI DALAM BAS

Perbualan di antara dua orang rakan mengenai lagu yang berkumandang di radio ketika mereka di dalam bas. Ikuti perbualan mereka di bawah :

Pelajar 1 : Wey, ko dengar lagu ni. Bedekah siak.

Pelajar 2 : Tahu takpe! Hahahaha…

Pelajar 1 : Sape yang buat lagu ni? Lirik cam bodoh-bodoh pon jadi lagu ke? Sengal la.

Pelajar 2 : Ala, lagu zaman dulu-dulu ni. Memang sengal la.

Mereka mula ketawa terbahak-bahak seperti merendah-rendahkan lagu itu. Mungkin bagi mereka lagu melayu klasik tidak sedap di dengar. Walhal, penggunaan diksi dan metafora yang digunakan sangat baik berbanding dengan lagu pada hari ini.

KOMEN CIKGU ENIE:

Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan pelajar universiti sudah menjadi suatu kebiasaan yang sukar ditangkis. Masalah ini perlu diselesaikan agar perkataan demi perkataan yang keluar dari mulut seorang pelajar adalah baik dan sopan. Contohnya ‘bedekah siak’, perkataan ini seolah-olah merendahkan lagi martabat kita sebagai seorang pelajar universiti. Selain itu, sikap mengejek atau merendah-rendahkan lagu melayu klasik tidak harus dipamerkan. Hal ini terjadi di dalam bas, justeru kebanyakkan pelajar ada di dalam bas itu. Tidak mustahil jika perbualan ini didengari oleh ramai orang. Sebagai konteks diri seorang pelajar, kita perlulah berhati-hati dalam penggunaan bahasa.

No comments:

Post a Comment

✿ Kritikan itu perlu ✿