Saturday, January 29, 2011

SITUASI 10 : PAPAN TANDA

Cuti selama seminggu telah diberikan oleh pihak universiti sempena sambutan Hari Raya Cina dan cuti semester. Saya tidak melepaskan peluang ini untuk pulang ke kampung halaman. Semasa di dalam perjalanan pulang, saya telah terpandang papan tanda ini. Sila perhatikan papan tanda di bawah ini.

KOMEN CIKGU ENIE :

Mesej sebenar yang dimaksudkan oleh papan tanda ini adalah untuk meminta pemandu mengurangkan kelajuan kenderaan mereka kerana 200 meter dari situ terdapat sekolah dan kemungkinan kanak-kanak sekolah melintas jalan. Jika diperhatikan terdapat dua kesalahan bahasa pada papan tanda tersebut.

  1. 1. Perkataan “kurangkan” harus diikuti kata nama terbitan “kelajuan” bukannya kata sifat “laju”.
  2. 2. Kata sendi “di” seharusnya diikuti kata “hadapan” bukan perkataan “meter”.

Oleh itu, pada papan tanda itu harus diperbetulkan dan ditulis sebagai “KURANGKAN KELAJUAN, 200 METER DIHADAPAN KANAK-KANAK MELINTAS JALAN”

No comments:

Post a Comment

✿ Kritikan itu perlu ✿