Tuesday, January 18, 2011

SITUASI 2 : DI KLINIK

Pada hari isnin yang lalu, saya telah pergi ke klinik kerana masalah kesihatan. Sementara menunggu giliran saya dipanggil, saya telah duduk di ruangan menunggu. Semasa menunggu saya terkejut apabila terdengar suara sapaan yang kuat di belakang saya.

Pelajar 1 : Woi, kau! (sambil tangannya menepuk bahu rakannya dengan kuat.)

Pelajar 2 : Oit…

Pelajar 1 : Lame tak jumpe kau. Kau tak sihat ey?

Pelajar 2 : A’ah. Aku demam sikit.

Perbualan mereka kuat dan boleh didengari sepatah demi sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya.

KOMEN CIKGU ENIE:

Sapaan yang digunakan oleh pelajar adalah tidak sopan. Sepatutnya, adab sopan semasa menegur kawan perlulah diterapkan di dalam diri. Sapaan yang digunakan nampak kasar dan biadap. Penggunaan kata sapaan seperti ‘hai’ atau pun ucapan salam amatlah perlu sebelum memulakan perbualan. Hal ini perlu dihapuskan dan perlu diganti dengan sapaan yang sopan dan santun yang tinggi.

No comments:

Post a Comment

✿ Kritikan itu perlu ✿