Tuesday, February 1, 2011

SITUASI 11 : MENONTON TELEVISYEN

Seminggu duduk di rumah tidak puas rasanya. Begitulah luahan hati saya dan saya yakin rakan-rakan yang lain juga begitu. Semasa di rumah, saya ada menonton satu rancangan di Astro. Ceritanya sangat lucu dan membuatkan saya terhibur bersama keluarga. Selama ini saya tidak pernah perasan bahawa perkataan “geli” membawa dua makna atau maksud yang berbeza.
Dialog ini adalah berdasarkan cerita itu. Perhatikan dialog di bawah :

Mamat : Eeii… Aku geli betullah jaga kambing ni.
Abang : Eh!(Nada pelik) Kenapa pulak? Kambing tu geletek kau ke?




Sekadar gambar hiasan.

KOMEN CIKGU ENIE :

Perkataan yang sama tetapi pemahaman yang berbeza oleh dua watak yang berlainan. Si Mamat ingin menyatakan bahawa tidak sudah tidak mahu menjaga kambing mungkin kerana kambing itu kotor dan sebagainya. Tetapi abangnya telah tersilap menafsir makna dalam konteks ayat itu. Hal ini juga ada berlaku dalam kehidupan seharian kita. Orang selalu menyebut “ orang cerita lain, dia cerita lain”. Samalah dengan konsep di atas. Orang cakap lain, dia faham lain. Seseorang pendengar yang baik perlulah peka dengan percakapan orang yang sedang bercakap dengan kita supaya maklumat yang ingin disampaikan tidak disalahtafsirkan.

No comments:

Post a Comment

✿ Kritikan itu perlu ✿