Friday, February 4, 2011

SITUASI 14 : ANGKAT TANGAN DAN TADAH TANGAN

Musim-musim cuti begini pasti ramai yang berjumpa dengan sanak saudara. Tidak terlepas juga dengan keluarga saya. Kami juga telah merancang untuk makan bersama-sama di luar. Semasa kami ingin makan, adik saudara saya yang berumur 7 tahun telah menawarkan dirinya untuk membaca doa makan. Dialog di bawah menunjukkan perbualan kami sebelum doa dibaca.

Akim : Cepat, angkat tangan.

Mimi : Angkat tangan? Nak buat ape Kim?

Akim : Baca doalah.

Mimi : Owh, tadah tanganlah. Bukan angkat tangan.



Sekadar gambar hiasan.

KOMEN CIKGU ENIE :

Kebiasaan kita menggunakan “angkat tangan” untuk membaca doa telah menjadi ikutan kepada kanak-kanak yang baru berusia 7 tahun. Faktor persekitaran dan pengaruh keluarga amat kuat kepada kanak-kanak dalam proses pemerolehan bahasa mereka. Teguran yang membina sangatlah perlu untuk membantu kanak-kanak memperoleh bahasa yang betul penggunaannya.

No comments:

Post a Comment

✿ Kritikan itu perlu ✿