SI BELACAN DAN SI PAKU
Saya ingin memperkenalkan anda dengan si Belacan dan si Paku. Sebelah kanan itu Belacan (yang berisi sikit) dan yang sebelah kiri itu Paku (kurus). Ini adalah laman sesawang Belacan dan Paku untuk anda mengenalinya dengan lebih dekat.
Si Belacan dan si Paku berasal dari United State of America (USA). Belacan berasal dari Utah manakala Paku berasal dari Arizona. Masing-masing berumur 22 tahun dan pernah tinggal di Sarawak sebagai ahli sukarelawan. Sebelum sampai ke Malaysia, Belacan dan Paku terlebih dahulu memulakan latihan mereka pada bulan Ogos tahun 2007 di United State (US) dan pergi ke Malaysia pada bulan September 2007. Paku memulakan tugasnya sebagai sukarelawan di Bintulu, manakala si Belacan ditempatkan di Singapura buat sementara waktu. Setelah selesai di Singapura, Belacan pergi ke Bintulu, Sarawak mengikuti jejak si Paku. Belacan dan Paku saling tolong-menolong dalam mempelajari bahasa Melayu dan salah satu bahasa etnik masyarakat Sarawak iaitu bahasa Iban dan akhirnya mereka berjaya sehingga ke fasih berbahasa Melayu. Anda boleh melihat gelagat mereka di laman sesawang "youtube" ini. Belacan dan Paku.
KOMEN CIKGU ENIE :
Saya berasa amat kagum kerana mereka berdua berminat untuk mempelajari bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa Melayu. Setelah beberapa tahun tinggal di Malaysia, mereka fasih dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik. Pertembungan bahasa yang berlaku di antara mereka berdua sangat baik. Mereka boleh menerima bahasa Melayu dan juga berminat tentang budaya Melayu. Itulah yang menariknya mengenai mereka.
No comments:
Post a Comment
✿ Kritikan itu perlu ✿