Sunday, February 6, 2011

SITUASI 16 : KENDURI KAWIN RAHIMAH


Hari ini hari bersejarah untuk kawan saya iaitu Rahimah yang merupakan pelajar Pendidikan Bahasa Melayu dan rakan sekelas saya. Dia telah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya. Saya telah menghadiri majlisnya bersama-sama rakan saya yang juga belajar di UPSI. Kami sampai dalam pukul 3 petang dan orang masih ramai sedang makan di majlis itu. Ketika ingin mengambil makanan, saya ada mendengar perbualan mak cik-mak cik yang sedang menyediakan makanan. Ikuti perbualannya di bawah :

Mak cik 1 : Yah, tengok nasi dalam tong tu.

Mak cik 2 : Nasiknya dah enteklah.

Mak cik 1 : Kena tambah tu. Sekejap, aku ke belakang dulu ambek nasik.

KOMEN CIKGU ENIE :

Apabila anda membaca dialog di atas, pasti anda tertanya-tanya perkataan “entek” itu. Ya, saya yakin anda tidak tahu perkataan itu kerana perkataan itu tiada dalam kotak pemikiran anda. Sebenarnya perkataan “entek” adalah daripada golongan kata bahasa Jawa. “Entek” bermaksud habis dalam suku kata bahasa Melayu. Percampuran atau pertembungan dua bahasa berlaku di sini iaitu di antara bahasa Melayu dan juga bahasa Jawa. Dengan memiliki pengetahuan tentang dua atau tiga bahasa, ini akan memudahkan kita untuk berkomunikasi dengan orang itu.


No comments:

Post a Comment

✿ Kritikan itu perlu ✿