Thursday, February 10, 2011

SITUASI 20 : MENONTON TELEVISYEN

Baru-baru ini saya ada menonton sebuah drama di TV2. Jalan ceritanya sangat menarik. Drama ini mengisahkan tentang seorang wanita yang berkerja di salah sebuah syarikat penerbitan majalah di ibu kota. Masalahnya mula berlaku apabila ketua kerjanya atau bosnya tidak menyukainya. Apa yang menarik minat saya ialah kemunculan seorang pelakon Cina yang bertutur dalam bahasa Melayu dan juga fasih berbicara di dalam lakonannya.

KOMEN CIKGU ENIE :

Pelakon berbangsa Cina itu patut dijadikan contoh kepada orang Melayu yang lain agar berasa bangga sekiranya bertutur dalam bahasa Melayu. Ini tidak, golongan bekerjaya hari ini lebih berasa bangga sekiranya mereka dapat bertutur dalam bahasa Inggeris ketika berkomunikasi dengan orang lain. Kita seharusnya sedar bahawa kita tinggal di bumi Malaysia dan bertutur dalam bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan juga bahasa rasmi Malaysia.

No comments:

Post a Comment

✿ Kritikan itu perlu ✿