Saturday, February 5, 2011

SITUASI 15 : DI PUSAT MEMBELI-BELAH

Perkara ini terjadi dalam kalangan anggota keluarga saya sendiri. Perbualan di antara adik perempuan dan adik lelaki saya mengenai telefon bimbit mereka. Ceritanya bermula begini, kami sekeluarga telah pergi ke pusat membeli-belah untuk mencari kasut sukan adik perempuan saya. Kami berjalan bersama-sama, tetapi adik lelaki saya ingin ke kedai baju untuk mencari baju. Kami berpisah sementara. Ketika hendak makan, kami cuba untuk menelefon adik lelaki saya, tetapi tidak berjaya. Pada mulanya kami risau akan keadaannya. Kami cuba mencarinya di kedai-kedai dan akhirnya kami terserempak dengannya. Perbualan yang berlaku di antara kami adik-beradik.

Eni : Dik, ko g mane?

Mimi : A’ah. Orang call tak dapat. Nset ko mati ke ape?

Aby : Gi kedai baju depan tu jelah. Hah? Ko call aku tak dapat?

(Sambil tangannya menyeluk saku untuk melihat telefon bimbitnya.)

A’ahlah, nset aku mati.

KOMEN CIKGU ENIE :

Penggunaan perkataan yang kasar iaitu “mati” di dalam ayat atau perbualan telah menjadi suatu kebiasaan. Sebenarnya maksud yang ingin dinyatakan ialah telefon bimbitnya telah kehabisan bateri tetapi dia telah meringkaskan kepada “mati”. Pemilihan perkataan yang sesuai amatlah perlu untuk menunjukkan bahasa jiwa bangsa. Faktor ini perlu dititikberatkan dari awal lagi oleh semua individu.


No comments:

Post a Comment

✿ Kritikan itu perlu ✿